Monday, 8 May 2017

Perth Australia -Malaysia Hall


Apa yang patut buat bila nak pergi Australia
1) Apply visa (ETA) $20  ( katanya ada agent yang boleh buat RM20 je tapi entahle lebih suka buat sendiri tapi mahallah lepas convert) Australia travel
2) Make sure tak bawak barang yang dilarang ( refer link), kalau bawak makanan kena declare.Ini kerana mereka ni pulau so memang mereka jaga untuk avoid outbreak ( eg penyakit kuku dan mulut) http://www.agriculture.gov.au/travelling/arriving-in-australia

ni barang yg  I declare

Follow traveller lain punya advice tulis list siap atas kertas siap dengan ingredients sekali, senang pegawai nak tengok.Makanan pun sila letak dlm 1 beg. Yang ni dia mintak tunjukkan je pastu dah bole keluar dah.


Simcard
Optus 1 hari $2 - dia akan tanya berapa hari dan mereka akan reload amount tu dalam simcard.
data 500mb sehari ( cukup untuk Google Maps) jangan la stream video plak. Kaunter ada di luar arrival hall Perth Airport



Pada siapa yang nak jimat sikit boleh duduk Malaysia hall tetapi ingat google sikit kalau waktu tu student baru register mungkin takde bilik. Keutamaan pada student.





- kena bayar deposit kunci , $200 * akan dipulangkan
- bayaran $20 untuk 3 malam pertama , $30 untuk selebihnya
- ada cleaning fee
- Refer link untuk details harga dan borang application. http://www.ema.org.au/v2/?page_id=3390
- wifi kena bayar ( tak ingat berapa tp sebab pakai opus tu so tak amik)
- share bathroom semua orang ( ada 2 tandas dan 2 shower room sahaja)
Shower air panas yang pelik masa hari 1st day je ada lol lepas tu tak rasa panas pun
- curfew ye sampai kui 10pm je..lebih dari 10 ramah2 le sikit ngan guest yang lain or amik number yang incharge sebab lepas kui 10 kad access tu takle bukak pintu gak.Kena orang bukakkan dari dalam. ( tapi takde menda nak buat pun kat sini sebab mall pun tutup awal). Masa sampai pun -ada orang keluar baru bole masuk, staff ada kat kaunter pukui 9am tapi boleh terus checkin.
- tak bole masak tp ada microwave dan water heater di dapur
- kat bilik ada selipar so tak yah bawak ( haritu ingat takde bawakla selipar hotel yg nipis tu)

ruang makan

reception - selalunya takde org kena call  number yang disediakan


I sorang dapat bilik katil queen, ada tv dalam bilik  ( bilik lain twin bed or bunk bed)


Kalau tak tidor sini , nak tumpang solat pun boleh . Ada surau di sini ( nak masuk call jela number kat pintu or tekan loceng). Kalau dorg ni ada cafe macam london lagi best...tapi takde ( elok gak jimat duit I haha)


surau untuk solat terawih, raya 

Cara nak pergi Malaysia Hall
1) Dari Airport ambil bas ke city ( last stop Elizabeth quay station) $4.60  tiket ni boleh pakai untuk 2 jam kalau nak berjalan2 lepas tu) tapi dalam city semua bas free.Sila download apps underperth
senang bole tgk jadual dan suggestion perjalanan ( dia mmg selalu suruh asek jalan kaki je, suggestion no.2 baru tunjuk number bas) http://www.transperth.wa.gov.au/
2) dari elizabeth quay cari platfom CAT bus
3) Amik cat bas warna biru stop di Aberdeen or Francis Street ( free )
Jalan sikit seberang jalan ( Newcastle st) pakaila Google Maps tu dah bole nampak bangunan merah Malaysia hall ni.
4) btw cat bus ni tak beroperasi untuk certain public holiday. Kena plak  balik  hari Anzac day. Terpaksa jalan jauh sikit ke bas stop  yang bukan laluan Cat Bus untuk naik bas ke Elizabeth Quay.



Bus stop Cat bus / ni la nama ayah I versi English  haha


dekat2 malaysia hall ni ada Paparich  bole jalan kaki or naik cat biru ni. Nak ke train stesen bole stop dekat Perth Underground.

Tapi untuk makan roti dan air bolehla sebab tak halal certified. I kasi support hari balik singgah minum dulu,





Seberang jalan dari bus stop Aberdeen dan Francis Street ada Kedai Pasty Corica. katanya kat sini ada the best Apple Strudles ( tak beli sebab dia tak jual slice- jenuh plak nak makan kan) Kat sini mmg public holiday most kedai tutup . Tak dapat nak pergi watertown mall ( ala JPO) sebab dorg close on Anzac day. ( lagi sekali jimat duit i- takde benda nak beli pun -setbek dah google siap2)



selain dari tu dari cat bus bole juga pergi ke Jetty Elizabeth Quay dan Bell Tower.



Btw masa nak balik siap beli seat tepi tingkap sebab hari tu ada baca blog yang nampak sipi2 pink lake Western Australia. Jenuh tgk dari take off tak nampak pun pink lake.....huu .
Try juga nasi minyak Aa, sedap gakle sebab sambal tu sambal yang sama dalam nasi Ayam AA ( my favorite meal)






Pink lake yang tak nampak ( credit https://thingdoer.com/thing/view/1148/experience-the-natural-phenomenon-of-western-australias-pink-lake





5 comments:

  1. Salam..bathroom di malaysian hall seperate tak untuk lelaki & perempuan?tq

    ReplyDelete
  2. Aah ada tandas laki dan tandas perempuan

    ReplyDelete
  3. Salam sis.. Kalau nak beli tiket untuk Ke Malaysia hall tu macam mna ye??

    ReplyDelete
  4. Australia is a beautiful country and being in Perth, travellers can enjoy their lovely trips and beautiful places. cheap airport parking

    ReplyDelete