Friday, 3 November 2017

Digi Roaming Pass


Dah lama dah  jadi pengguna Digi, walaupun pelik kat Shah Alam network edge je lol. Tiap kali pergi kelas mmg pakai wifi student lagi laju.  Tapi nasibla  tempat2 lain 4g. Yang penting bill postpaid rm50 je per month.

Yang I suka pasal Digi ialah roaming passnya  Digi ( click to go to Digi website)

Contohnya untuk Korea -
Pass 3 hari : rm25  ( so sehari sama dengan = rm8.30) . Lagi murah dr rent pocket wifi ( at least rm15 sehari. Walau pun 2GB sahaja ,ianya mmg cukup untuk pakai browse, google maps, translate,fb. Lagi pun dekat guest house / hotel pakaila free wifi yang disediakan. Kalau stay 5 hari , lepas 3 hari boleh beli lagi pass 3 hari .Walau pun kita akan rugi sehari tp bagi saya ianya masih murah.

eg pocket wifi : rm15 sehari x 5 = rm75
Roming pass 3 hari x 2 kali beli  = rm50 ( jimat rm25)

Roaming pass ni sesuai kalau travel solo , sebab kalau travel berkumpulan, pocket wifi lebih murah sebab boleh share ramai2.

Cara nak pakai :
1. Make sure follow arahan dan kena manual select network yang jadi partner digi



Kita boleh track usage dengan sms atau download apps Mydigi untuk check baki data.
MyDigi apps juga datang dengan pelbagai voucher. Contonya hari tu ada promosi rm1 untuk 500 big points. ( dapatla tambah Big points)

Boleh  download apps MyDigi : http://new.digi.com.my/  dan boleh claim hadiah misteri.

2) 24 hour social pass : Rm5 /24 jam.
Yang ni best kalau ikut travel package, sebabnya guide dah ada so kita tak perlukan internet untuk google maps. Dengan guna pass ini kita boleh connect dengan segala social media : Whatsapp ( yang grup beribu2 dalamnya) , Line, Kakao dan browse Facebook, Twitter, Instagram selama 24 jam.
Oh ye kalau di China sepatutnya mmg FB kena block tp kalau kita pakai prepaid number sendiri mmg boleh access termasukla social pass ni ( maybe sebab number bukan dr China) jadinya tak perlukan VPN lagi.




No comments:

Post a Comment