Sunday, 19 August 2018

Perkara malang yang boleh berlaku waktu melancong


Malang memang tak berbau. Kadang2 kita dah gembira nak bercuti tetapi ada je benda yang  boleh merosakkan percutian kita. Saya kategorikan pada 2 satu yang tidak boleh dikawal dan satu lagi yang boleh dikawal. Mana yang pernah terjadi dekat anda ? Yang ni semua yang pernah terjadi dengan saya. Yang boleh dikawal tu kita macam malu gak nak cakapkan tapi takpe pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain.

Yang tidak boleh dikawal / ni mmg bad luck.

1) Booking guesthouse /hotel tak valid / tak  jumpa booking


via GIPHY


Dahla sampai pukul 7 malam sampai2 staff kata booking takde.Dahle staff tu tak boleh cakap english. Telefon agoda kena hold. Nak tak nak , kena juga carik tempat lain last minute.  Dari patut jimat cermat terusla tabur duit begitu sahaja sbb book last minute.  Avoid this hotel di Myeondong- Philstay Myeondong Central. Agoda pun 2,3 kali email baru nak refund itupun dia bg additional compensation $4 je...haha padahal kita ni bayar double harga.Nak tak nak amik jela tak larat dah argue.

Langkah keselamatan- amik gambar hotel, proofshot kita mmg betul dah sampai di hotel tu. Incase Agoda atau hotel cakap kita yang tak show up

via GIPHY

2) Cuaca tidak menentu / flight cancel

via GIPHY

Ini memang tidak terkawal. Pernah pergi tetiba Seoul Cold Wave - siap jadi sejarah. Cuaca terendah  selepas 20 tahun.  Angin punya kuat tak boleh berjalan di luar langsung.

Cuaca buruk juga boleh meyebabkan flight cancel. Pernah strand dekat Hong Kong satu malam waktu nak transit ke Beijing.

Langkah keselamatan -
1) Bagi situasi heat dan cold wave, minum air atau pakai heatpack- tukar itinerari untuk berjalan ke kawasan indoor sahaja.
2) Flight cancel - amik insurans travel, selalunya airline akan beri baucer hotel dan baucer makanan. Untuk insurans claim pastikan dpt surat delay dari airline/ email delay pun boleh pakai sebagai bukti.


3. Kemalangan
Yang ni memang serius, contoh waktu winter kalau terjatuh sebab lantai licin pun boleh tergeliat, patah dan kena ke hospital.

Langkah keselamatan -
1) Ambil insurans travel  sebelum bertolak. Namun kebiasaannya mmg kita juga yang perlu keluarkan duit dahulu,namun ada juga yang boleh cover payment dahulu  seperti
https://japantravelinsurance.net/english.html ( ini bukan review saya pun tak pernah beli ) cuma saya terbaca ni untuk percutian di Jepun. Saya rasa ini langkah yang bagus juga.

via GIPHY

Yang boleh dikawal - kecuaian

1) TERTINGGAL KAPAL TERBANG / LAMBAT


via GIPHY

Apa nak buat salah sendiri, tak set alarm. Pastikan berada 3/ 4 jam di airport.
Langkah keselamatan- Set alarm, 2,3 waktu setiap 5 minit lol. Pack awal
Selepas kejadian.
-Sendiri pernah kena tinggal kapal terbang sebab flight pagi....ni kes ke Singapura. Excited beli fligh rm50 lepas tu terlepas. Tp dah terlepas tu pergi counter check next flight (walau takde dlm online , selalunya counter boleh check lagi seat yang available) byrla harga tiket semasa rm100.  Ataupun bertenang check Traveloka ada voucher ke tak, apply voucher dan beli the next flight. Mungkin boleh dapat murah sikit.
-  Request Airport tax refund . Walau mungkin kurang rm20 , pastikan isi juga. Ini link borang untuk Air Asia https://support.airasia.com/s/customcontactsupport?language=en_GB

Nak tambah drama lagi dah siap beli tiket bas online ke KLIA2 ( nak jimat rm2) sekali lambat skip bas tu n mmg drive terus ke Putrajaya Sentral. Dari jimat rm2 terus burn rm13.




2)  Tertinggal IC/ Passport / Global Adapter

via GIPHY
Tertinggal Ic dan Pasport ni mmg cari penyakit.

Langkah keselamatan - malam sebelum fly make sure pasport ada dekat wallet. Kalau dgn kawan-kawan.sama2 ingat sebelum bertolak tanya " Pasport ada? "

Tertinggal Adapter -
Request dekat hotel/ guesthouse. Ada yang akan caj ada yang tak. Kalau nak beli , beli dekat city centre instead of airport. Haritu tengok kat dalam flight Air Asia..dlm rm50 harganya ( bolehla dari harga di airport.

Another travel hack kalau ada power bank, pakai usb je connect to tv/ pc untuk caj

3) Lupa ambil pocket wifi 
Sekarang dah ada macam2 provider yang offer pocket wifi yang murah boleh ambil di KLIA atau KLIA2. Contohnya ROAMING MAN , Travel Recommends

Tapi dah sampai punya semangat atau terlambat terus masuk ke immigresen haha mmg tak dapatla nak patah balikkan. Sendiri punya kes, jarang naik Air Asia so haritu naik kat KLIA, tak teringat langsung nak singgah amik pocket wifi ( yela tak biasa dengan KLIA) . Apapun nasib baik company tu okay tak caj penalty dan refund balik payment. Ada yang mungkin caj penalty /sewa sehari dan refund yang balance. ( perlu baca Terms n condition)

Saya teruskan activate Digi Roaming Pass saya ( rm25 - 2g untuk 3 hari)  walau pun niat sebenar nak pakai wifi , sebab saya ada kamera android (2 devices yang boleh connect internet).

4) Salah baca date departure



via GIPHY
Selalunya orang salah date tambah2 lagi bila  fly 1am, 12:30 am. Contoh  Sabtu 18/8 12:30 Am,  ada yang pergi airport 11 malam 18/8 beranggapan dia akan fly 12 malam ( padahal masa tu date dah tukar pada 19/8. Kalau Sabtu 18/8/2018 -12:30 am - kena berada di airport hari Jumaat 17/8/2018 9 malam.

Langkah keselamatan - update jadual dlm phone dengan masa departure. Bagitau kawan-kawan. family maka mereka pun boleh remindkan. Kalau dah terjadi, claim airport tax.



Bagaimana pun jangan sedih, lupakan segala bad memory . Pengalaman mengajar kita.

via GIPHY


2 comments:

  1. Nice post. I appreciate it and the readers would like to visit this post and read it. best park and fly deals

    ReplyDelete
  2. Nice piece of article for the readers and travellers. I like this post and appreciate it.
    cheap stansted airport parking

    ReplyDelete