Sunday, 19 August 2018

Seoul Lagi dan makanan Halal di Myeondong


Balik balik pergi Seoul . Apa nak buat tak jemu lagi. Setiap hari Khamis , Air Asia akan membuat promosi buy 1 free 1, jadinya haritu promosi ke Korea. Untuk 2 orang dapat rm1250 return.
Kami tempah 3 hotel berbeza disebabkan hari ke2 nak ke Ulsan.

Kebiasaanya kalau seorang mesti duduk dekat dorm philstay ewha boutique , setakat ni mmg percaya brand philstay yang mana selalunya lokasi berdekatan stesen. Jadinya tempahlah malam pertama di Philstay Myeondong Central ( sebab malam tu nak shopping kat Myeondong) tetapi malang memang tak berbau. Kami naik sahaja tiada staff dan selepas beberapa minit ada seorang ahjumma tetapi dia Cina dan tak boleh berbahasa Inggeris.  Short story dengan menggunakan google translate dia suruh kami cari tempat lain dengan alasan Komputer rosak...

By the way, dengan Myeondong ni ada 2 Philstay, so yang teruk sekarang ni nama dia Philstay Myeondong Central. Jangan book situ. Disebabkan lapar dan penat kami decide just tanya je mana2 guesthouse/ hotel yang terdekat di situ. Kami ke Metro Hotel. double lah harganya dahla hotel kan...tp masa ni mmg badan dan minda penat so kami just amik je.


dah bayar mahal, ofcoursela termasuk breakfast. Selain daripada itu hotel ini juga menyediakan phone yang dah siap ada data percuma. Boleh pinjam pakai. ( tp kami tak amik pun sebab mood malang masa tu kan takut nanti terhilangkan or terrosakkan phone plak)


Duduk Myeondong mmg best untuk shopping dan makan. Kami ke kedai Line , kedai make up pun pukul 11 malam masih buka lagi.. Kami makan di Yoogane untuk malam pertama. Esoknya pagi-pagi semangat turun breakfast sebelum bergerak ke Ulsan.





Nak ke Seoul Station dari Myeondong cuma 2 stesen sahaja. Sambil2 ke stesen kami melewati kedai2 yang baru nak bukak ( pukul 9 belum bukak lagi)







Hari ke3  makan malam di Busan Jib.  Ini kali pertama pergi. Kalau nak merasa makanan korea yang dimasak oleh orang Korea bolehla ke sini.  Dia punya hint nak ke sana dr exit 6 ( uniqlo) jalan lurus menuju ke Boots ( sampai nampak kedai Apple- sign Frisbee) masuk ke lorong tu.
kedai ni mahal sikitla tp sedap. Bibimbap 8000 won. Steam egg- 10,000 won , nasi untuk steam egg asing ( pandai dia niaga mcm Air Asia)- 2000 won


ni kira satu set dgn side dish



Sebelum tu kami ke SmTown dan Seoul Sky .

Coex ( Subway- Jamsil ) kat sini pun disediakan surau ( bangunan convention)


Tengok tengok gitu sahaja
Lotte Seoul Sky




Malam ke 3  kami stay di Philstay DDP  nasib takde problem apa2. Breakfast ( roti dan cereal ) disediakan juga di sini. Tapi kat sini takde lift.



DDP waktu subuh

Esoknya kami ke tugu I Seoul U ( Subway city hall) Exit  5


 Dari sini kami naik line biru ke Seoul Station untuk ke "Seoullo" jalan highway  yang ditukar menjadi taman.








Seoullo ni mmg sepanjang Seoul Station ke  Stesen Hoehyeon ( nandaemun market). ( jimat 1250 tak perlu naik subway)  . Di Nandaemun market misi memburu brooch dimulakan. ( bangunan hijau yang bersebelahan dgn bangunan oren)-Tingkat 1 , pelbagai aksesori ada termasukla brooch. ahjuma yang glamer kat kedai no,209 ( tp sebelah dia pun jual brooch juga)


Untuk dinner , kali ni kami ke kedai halal yang dimiliki orang Malaysia pun ada di Myeondong - Kampungku

Selain dari Masakan Malaysia, mereka ada tukang masak Korea jadinya ada masakan Korea dan Barat juga. Haritu nampak dekat FB mereka, dah ada Mee Goreng juga ( selain nasi ayam, nasi lemak etc).
Kami makan Bangyetang (12,000won) dan Bulgogi (8,000 won). Mmg kalau summer ni org korea makan Samgyetang ( Ayam ginseng) . Walau pun panas tp katanya elok untuk badan waktu musim panas ni. Waktu kami kat sana pun dah nak cecah 40'c .




The previous post about Kampungku and the direction: https://goodgirlgotravel.blogspot.com/2018/02/kampungku-halal-malaysia-cuisine.html

Selain dari tu,  terdapat juga stall kebab di Myeondong ( dalam 8,000 won ke atas ikut pilihan daging). Ini pun just jalan lurus turun dari Uniqlo pasti nampak stall kebab ni. Kedai korea pun ada yang label kedai dia halal  sendiri lol contohnya kedai manisan, kedai ketam cheese.  Dorang ni pandai ckp BM .

Secara overallnya selain dari Itaewon tempat yang sesuai duduk untuk cari makanan halal ialah Myeondong dan Itaewon. 

Kami juga telah redeem voucher dari KTO , untuk trip kali ini kami menggunakan voucher diskaun untuk teater The Painters Hero 30,000won) original harga dlm 50,000 .


Selain dari tu kami redeem tiket Arex  ( diskaun 1500 won dr 9000 won) sebab nak merasa naik yang express. Dia sama mcm Klia Express terus ke airport- cepat sikit dari yang transit. Kelebihannya cepat dan semua org dah ada assigned seat.
Naik yang transit lagi murah tapi kadang2 ramai sgt org langsung takde seat. Tambah lagi yang naik dari Hongik University.


Seoul, jumpa lagi.

1 comment:

  1. Great to stay at a nice hotel during trip. Tourists love to enjoy their tour and stay at a luxury resort.
    short stay parking stansted

    ReplyDelete