Friday, 24 June 2016

Seoul Spring 2016 and DMZ tour




Ok sekarang dah musim panas dah tapi nak throwback Trip musim bunga  bulan April yang lalu.
Nak dijadikan cerita, beli tiket ke Seoul one way sahaja masa sales semata2 nak tgk bunga cherry blossom ni . beli  date 11 April sekali semua Cherry Blossom festival habis 10 April. tapi takpe bunga masih ada lagi waktu tu.

Disebabkan dpt baucer hotel dari KTO ( terima kasih KTO) dapatlah duduk hotel Ritz Carlton 2 malam. So sebab jarang duk hotel 4* kan ajakla ayah sekali nak bagi dia merasa ke Seoul.



Day 1
Flight 8am- sampai  Incheon 3pm -imigresen ,bag 4 dah rugi separuh hari  (sebab tula tiket murah)
Naik bas airport  jalan jem sampai hotel dalam 6pm.
Malam melawat Banpo Bridge (naik cab sebab bersama senior citizen)


Day2

Dmz tour (pickup di Ritz Carlton) . Disebabkan ayah bekas,kita pun buat tour tema askar . Kena plak masa ni Descendants of the sun (Dots) tgh tayang i pun berminatlah jugak haha.
Untuk DMZ tour kena book dengan mana2 agent , trip individu tidak dibenarkan. Masa pegi matta fair dpt quotation dr Sally Tour. Per person 36,000 won  (half day).
Bayar cash on the bus dan bercampur dengan semua foreigner yang lain.  Untuk melawat DMZ kita hanya akan meninjau sempadan Korea Utara di observatory, tetapi kalau berminat menjejak kaki ke Korea utara dan melihat askar Korea Utara dan Selatan berada di 1 tempat sila ambil pakej Panmunjeom JSA. Boleh combine DMZ + JSA untuk 1 hari tour. Dmz bermaksud Demilitarized Zone , kawasan di bawah UN bersempadan dengan Korea Utara dan Korea Selatan. Kesemua pelawat hendaklah membawa passport , seorang askar akan menaiki bas untuk memeriksa passport , semua pelawat hendaklah menanggalkan topi dan cermin mata hitam. Bunyi tense sgt kan...waktu askar tu naik bas , nak je cakap "salute "ala drama dots tapi nanti kena halau plak sebab tak serius haha so "dankyol" /salute dalam hati jelah


DMZ tour akan melawat tunnel ke3 yang digali Korea Utara. Agak dalam ,kalau tidak fit turun terowong sikitjelah. Penat. Peserta akan diberi topi keselamatan kuning ala engineer sebab makin lama makin rendah terowong so  peserta tinggi or omputeh mmg kena tunduk kalau taknak terhantuk kepala. Kami pergi separuh terowong je  ( tiada gambar sebab kamera n fon kena simpan dlm locker) aku plak jenis lurus n mengikut peraturan kan... heyy gmbr askar pun tour guide tak bagi tangkap ..dia kata dari atas bas bolehla tp itu pun jangan sampai dorg perasan.

Half day tour : Hotel pick up - Imjingak Park - The Bridge of Freedom - The 3rd Infiltration Tunnel - DMZ Theater/Exhibition Hall - Dora Observatory - Dorasan Station - Unification Village (pass by) - Amethyst/Ginseng Center - Arrive at City Hall/Itaewon
(must bring passport, no cap and sunglass during passport verification )
website : http://www.seoulcitytourinkorea.com/



The tracks is ready but at the moment there is no service to Pyeongyang so this sign is a symbolic wish
Boleh juga menaiki tren Korail untuk pakej DMZ tp ianya hanya berhenti di Stesen Dorasan .

no photo beyond the yellow line

Boleh observe kawasan Korea utara , lucu juga mendengar cerita kedua dua pihak utara dan selatan berlawan membina tugu bendera di kawsan DMZ ( berlawan-lawan membuktikan tugu negara siapa yang lagi tinggi) company Korea selatan juga ada membuka kilang di kawasan DMZ dan pekerja Korea utara boleh dtg untuk bekerja. Company akan bayar cash dan juga menghadiahkan Choco Pie kepada mereka.Disebabkan choco pie tiada di Korea Utara,,ada yang seludup dan jual di black market. Tapi untuk masa ni operasi kilang ini telah pun diberhentikan kerana hubungan yang kembali tegang . Sebab itula dalam dots, Captain Yoo bagi Officer Ahn choco pie walau macam tak logik je kan hahaha

souvenir


Habis tour kami diturunkan di Itaewon , terus kami solat Zohor dan lunch di Eid.






















Melawat War memorial ( tema tenterakan) berdekatan Itaewon . naik cab 3400 won..fare start dr 3000won (penat mendaki masjid naikla cab)
 Nearest subway : Samgakji

sebelum pulang ke hotel melawat taman berdekatan Jamsil

Seokchonhosu Lake

Nearest subway : Jamsil ( lotte world)
kelopak jatuh ke tanah pun cantik

Balik hotel tgk dots lagi lol (rating 34% kan , kbs asik ulang tayang je)

Day 3 Check out hotel,pindah ke realiti marhaen ke Boa guest house.( will write separate post later)

Melawat nandaemun , myeongdong, istana Gyeongbukgung (warga emas 65 tahun ke atas percuma)

Dots craze all over nandaemun


Coffee uyu

Pagi sempat buat solo trip sebab dah kat Gangnam , tak sahle kalau tak pi favorite company JYPE, The street , sempat bg hadiah pada Khun (Nutella customized to Khun's name. Pukui 9 tak bukak lagi tp staff bagi masuk tangkap gmbr.



HBD KHUN lol




CNBlue infront of FNC

Malam - melawat Yellow cafe  hasil produk Company Binggare yang terkenal dengan Banana Milk / banana uyu di Hyundai Mall.(will write separate post later)

Day 4- N-Seoul tower
Naik cab ke cabel car. Warga emas berumur lebih 65 tahun akan diberi diskaun untuk tiket cable car.
ofcourse peminat drama tau ini lokasi My Love From the star , beria Cheon Song Yi nak letak lock kat sini.  Lagi satu cable car untuk scene Boys over flower, Gu Junpyo dan Jandi date di sini.


dah kurang dah cherry blossom
Ayah kata ni tempat drama aku bukan bimbo hahaha

tulip pun ada


Day 5

Balik malaysia sudah. Dekat Incheon  Airport ada kedai halal (Nimat). Terletak di Food Empire - nearby gate 118.  Kami order nan share 2 org



9500 won , large portion enough for 2 pax/ Nimat halal restaurant Incheon Airport
Overall ada juga tempat tak terpergi , ada tiket korail free tp sebab kekangan masa dan tgk ayahanda pun dah penat naik subway semua ni,takpela maybe next time.Tapi yang penting  dapat tgk cherry blossom.




Mitsui Outlet Sepang



Mitsui Outlet Sepang is a factory outlet mall located nearby KLIA. They provide free shuttle to KLIA. They also have Tourist Previllage Pass so just simply present your passport.
Among of the outlets are Fila, Puma, New Balance, Lacoste , Hush Puppies, Carlo Rino. It is a partnership between Japan company (mitsui) and Malaysia Airport. Mitsui outlet is a familiar factory outlet store in Japan.




I suddenly crave Japan soft ice cream/ tetiba rindu nak makan aiskrim Jepun

Sesuai ke untuk bukan tourist....?
Untuk local jalan2 nak shopping sahaja bolehla...tapi aku pegi makan aiskrim je nak pegi Beryl masa tu weekday , dorg serve the famous pavlova weekend sahaja.







Yang menarik perhatian tp tak beli



Hasil haritu dr rm10 dpt rM8 sebab aiskrim dah nak habis sgt.

Bought this for rm8, the last soft serve for the day (original price rm10)


Thursday, 2 June 2016

Rayani Air



Ini adalah post yang terbantut lama gila...hahha tapi kena share juga naik Rayani Air. Pada masa ini Rayani Air telah pun digantung sejak dari 8 April 2016 dek kerana pelbagai isu. In their word ,their are restructuring for better company.

Al-kisah dapat jemputan kawen di Kelantan tapi malas gila nak drive. Pakatla ramai2 carik geng naik kapal terbang. So bulan Mac haritu pegi pukui 8am dengan Air Asia rm39 tapi nak gak try Rayani Air sebab ada fly dr dan ke Kota Bahru.Maka belilah tiket balik naik Rayani Air rm59 pukui 10 mlm the same day.

Pengalaman beli tiket :
Browse dari phone memang tak friendly memang kena pakai desktop jugak.


Pengalaman check-in :
On-time. Walau semua org komplen dah untuk tempat2 lain (Langkawi/KK) flight asyik delay. Flight aku ni on time no problem. Boarding pass slip kertas nipis kenala harga yang aku bayar pun.so I ok je.

Pengalaman dalam flight :
Memula masuk ada macam perasaan dejavu sebab "eh aku pernah naik flight ni, kerusi berwarna-warni "  masa tu aku dah tau dah ini kapal terbang 2nd hand beli dari MAS maksudnya flight lama. Berderau gak  bila tray kat kerusi aku ni loose mcm final destination sgt dah..bila take off dia terbukak...aku kena tutup balik. Jenuh aku tenangkan diri "takpe kapal terbang lamapun , mesti dorg dah hantar maintenance n kalau tak selamat dorang takkan dpt lesen" lol


tray lama yang saiko lol

Ok back to the experience
Ofcourse tarikan utama nya pramugari bertudung, flight dimulakan dengan rakaman bacaan doa naik kenderaan. Alhamdulillah ( yang best tu  flight pagi AA pilot pun baca doa) Berkat je rasa hari tu haha... Flight sejam dapat snek kacang , muffin dan air.TV share beramai2 ala sejam je pun.

Pandangan aku : Waktu baca berita aku dah tau dah dorang cuma ada 2 kapal terbang . Bila dorang launch pelbagai destinasi mmgla skeptikal boleh ke catchup 2 kapal terbang ni??. bila baca ada delay...hmm jelah











Cadangan :
1.Fokus pada 1 atau 2 route sahaja dulu. Biar orang dapat kepercayaan dulu dan percaya flight takkan delay.  Point of sales shariah tu menarik gak tp yang penting general trust dan reliability.

2.Maintenance paling penting untuk elak issue teknikal untuk pesawat yang berusia sebab ada baca berita pesawat ada depan mata tapi still krew tak boleh fly sebab ada teknikal issue. Tak taula harga kapal terbang berapa(i tak mampu)  tapi mungkin sebenarnya lebih baik sewa 1 pesawat baru dari beli/sewa 2 pesawat lama.
Buat aku terpikir juga...apa jadik pada pesawat2 lama yer ?(Mas jual maybe sebab nak lunas hutangkan?? lol)  mm berapa lama jangka hidup satu pesawat....sapa tahu silalah jawab..tambah lagi yang single or keje dengan airlines hahaha ( sempat mengayat) .
 
Ofcourse sebagai pengguna aku suka je company baru join market, sebab ada competittion barula semua airlines berebut offer the best price / experience untuk semua pengguna. Anyway dont give up Rayani Air. Wish u the best.


Kota Bharu :
Sempat gak aku jalan2 ke pasar tapi tak membeli apa2 pun.



mari test jawi



Tak sah kalau kat kelate tak make mace mace(maaf kalau salah)
Oh sebab nak kumpul big points punya pasal, flight pagi Air Asia tu pun aku beli makanan. Selalu sejam mana ada org nak beli lol...aku je beli prebook  makanan special sempena tahun baru Cina dpt 8x big points. Sedap gak .


so nampaknya aku mmgla kategori orang yang terpengaruh dengan iklan kat bawah ni  hahaha...


Wednesday, 9 March 2016

KTM ETS Malaysia

Sejak ETS melancarkan perjalanan ke utara, dapatla juga merasa balik kampung menaiki keretapi.
Untuk ke utara, ada 2 stesen terakhir iaitu Butterworth dan Padang Besar.

Haritu naik ETS Gold, KL Sentral ke Kuala Kangsar, *stesen terakhir Butterworth*.
Tambang beli online RM44. ETS9232 -9:15 am

For tourist who plan to visits Malaysia  especially Ipoh, Penang , you can also use ETS as it is comfortable and most importantly, you wont experience traffic jam in comparison to bus. Especially if you planning to visit during Malaysia  festive season - Eid Fitri and Chinese New Year. 


You can book on line and purchase at the counter.
FYI : KL Sentral station name in the online booking website is " Sentral Kuala Lumpur"
On line booking ( must register):  https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx
Booking fee : RM2
Credit Card : Mastercard and Visa

*chewah promote sikitla kut2 ada pelancong  yang google pasal ETS*
Kemudahan/ Facilities

Movie - but no audio only DVD subtitles. At the moment they keep showing Harry Potter
 Beg ringan boleh letak di atas tp untuk Beg besar ada di Koc F

Wifi : Not all ets offers free wifi, but the one that i board to Kuala Kangsar comes with free wifi.
Tak semua ETS ada wifi, tapi tren yg aku naik haritu adalah. Tapi bila balik langsung takde so boleh conclude tren silver from ipoh langsung takde wifi.






Soket elektrik / plug point so you can charge your phone




The plug point is below the seat and unfortunately you have to  take turn charging your device with the person next to you because there is only 1.


ETS9232 ada kemudahan surau  di koc C , tandas juga di Koc C


Cafeteria at Coach C
Toilet is also provided at Coach C
The Ets train comes with Silver and Gold, the difference will be the number of train stops to the last station..

The most frequent ETS train ( 2hour journey ) is between Sentral Kuala Lumpur and Ipoh.It is more than 10 times per day which
includes train that final stop is Ipoh and via Ipoh. Maybe you can visit Ipoh first and then take another train to Butterworth or Padang Besar.

For tourist planning to visit Ipoh and Kuala Kangsar ( Kuala Kangsar laksa is the best and our mosque is the most beautiful ), besides taking train to Kuala Kangsar from Ipoh, you can take local bus from the bus station. The Medan Kit bus terminal  and Ipoh train station is just 5 minutes walk. The Ipoh train station is also know as Malaysia 's Taj Mahal because of its structure.

Ipoh's train station

Perak Transit is one of the bus to Kuala Kangsar

Orang - orang Kuale, ipoh mali, aloq staq jom balik kampung naik ETS