Salam saya baru sahaja balik dari Osaka. Ini adalah hasil observation saya.
Berdasarkan emel yang hanya produk bernombor siri kurang dari L3263 sahaja yang tidak ada mengandungi babi, saya ingin katakan saya tidak jumpa langsung produk yang kurang dari no siri tersebut.Semua lebih dari no. tersebut.Saya dah macam auditor pun ada.kesemua kedai runcit,saya check no. siri tersebut.
Contohnya :
| kesemuanya lebih dari L3263 |
Saya ulang saya hanya berdasarkan no. siri sahaja . Saya TIDAK FAHAM isi kandungannya. Saya juga telah bertanya kepada Nestle tetapi mereka mengatakan semua isi kandungan adalah yang seperti dipamerkan di bungkusan Kit Kat tersebut.Tiada jawapan ya atau tidak kepada pertanyaan saya.
Oleh itu sesiapa yang fasih bahasa Jepun dan tau istilah dalam makanan. Saya harap dapat share di sini. Mungkin lebih baik kita faham apakah bahan yang tidak boleh tersebut? gelatin ? elmusifier ?
Atau sesiapa yang terjumpa dengan KitKat yang bersiri kurang dari L3263 sila juga komen disini sebab itu tajuk post ni sharing...lol
Walaubagaimana kakak saya telah menyimpan untuk koleksi kotak kit Kit Kat yang dibeli pada tahun 2012.
hasilnya *juga berdasarkan no.siri sahaja* ianya kurang dari L3263 ianya sama seperti yang diberitahu dalam emel kepada saya bahawa ianya tidak mengandungi apa2 ekstrak haiwan.
Oleh itu tahun 2014 saya tidak makan KitKat dari Jepun .................
Mungkin kita sendiri patut keluarkan perisa yang unik seperti jepun.
Nestle Malaysia apa lagi? I suggest your side to produce unique flavour like Japan did.
it can attract the local and other tourist. It may also tap the halal market.
Some example :
-Kit Kat Cili Padi
-Kit Kat Durian ( omg )
-Kit Kat Teh Tarik ha ko ada ???
-Kit kat pisang
-Kit Kat nasi lemak/sambal... eh rasa mcm genius plak...*patut amik bidang makanan ni*gelak guling diri sendiri
UPDATE October 2016.
I got my wish people ...weeps. I just went to KitKat Chocolatary in Malaysia,Midvalley... not sure they read my email or this blog...but it happen. Rasa tak percaya ....
Walaupun takde halal jakim , tapi base on ingredients boleh je...lagipun takkan KitKat kat Malaysia ni nak jual benda tak halal...kalau ada lagi bagus. Step up Nestle Malaysia ...boleh masuk pasaran halal.
Durian:
link special post : http://goodgirlgotravel.blogspot.my/2016/10/kit-kat-chocolatory-kuala-lumpur.html
By the way saya juga balik dari Tokyo . Dekat airport Haneda saya jumpa flavor terbaru Cheese + Hokkaido Melon (dia jual yg 4 piece aje) so murah sikit , saya pakai apps google translate je dan compare kanji untuk untuk coklat ni guna soy emulsifier.(nyukazai). Terpulang pada penilaian masing2.Wallahualam
Menarik terjumpa pula info ini : http://www.halalmedia.jp/archives/227/kit-kat-matcha-green-tea-flavor/
Sila baca.
Tetapi harus diingat Uji Matcha dan Matcha sahaja adalah 2 produk berbeza. (packaging juga berbeza) .
info emel Fairuz sebelum ini yang didakwa mengandungi babi ialah macha dari Otonanoam series(info yang juga datangnya maklumat no siri tersebut)
Apapun Kit Kat perisa basic /original (merah) yang paling selamat dimakan.
Previous post.
Saya pegi Jepun tahun lepas ..tetapi baru teringat nak post something about this.Masa kat Jepun memang banyakla Kit Kat yang menarik takde kat sini.
Seperti dalam gambar ni.
menarikkan... rasa nak makan semua... masalahnya semua bahan bahan dalam bahasa Jepun.
Di airport saya telah beli jugalah Kit Kat Green Tea, Wasabi dan Blueberry Cheese dengan niat nanti emaillah tanya Nestle kandungan dia.
Saya tanya samaada ada lemak binatang atau alkohol dalam Kit Kat yang saya beli tu. Inilah balasan mereka.
Hmm ada alkohol apakah hukum alkohol walau sedikit ?
Tapi disebabkan dah ragu2 maka nya saya telah bagi pada kawan yang bukan beragama Islam KitKat Blueberry dan Wasabi as souvenir. Green Tea saya makan ..sedap !! hehe . perisa lain saya tak taulah...sila email sendiri..or siapa tahu bahasa jepun sila listkan.
Tapi baru -baru ini terjumpa web ni ..ada pendapat yang boleh difikirkan juga mengenai hukum alkohol :
Arak ialah alkohol..tetapi alkohol is not necessary arak.
http://halaljepun.wordpress.com/2012/01/27/panduan-alkohol-dalam-makanan-dan-minuman/
Pendapat anda ?
tapi yang terbaik tentulah elakkan perkara syubhah (raguragu ) terus. Wallahualam
Saya berterima kasih pada Nestle Jepun kerana sudi membalas email. Saya juga mencadangkan untuk di lapangan terbang dan target market muslim diletakkan sticker " does not contain animal fat and alcohol" pada Kit Kat yang tiada kedua dua elemen ini di dalam email yang sama.
Just incase Japan Nestle googled this. I thank your side for replying me about the ingredients in Kit Kat. Just some of my suggestions:
For niche market u can target to all your Muslim tourist going to Japan or even export to Muslim country.
Therefore u just put sticker on those products " does not contain animal fat & alcohol" in airport shelf and we gladly buy those Kit Kat. Im gonna buy those green tea again !!
"Take a break, have a Kit Kat "
By the way here is the photo of green tea that i bought with blueberry cheese and Tokyo Banana last time. or is wasabi?? ops sorry ..but i did buy 3 flavor .Oh and my sister also found out that Tokyo Banana is not halal as it has pig gelatine in it.
Screenshot from q n a of online shop who sell TB ...tapi kalau sapa2 yang tahu bahasa jepun silala email terus kat manufacturer untuk tau lebih lanjut.
Additional info :
My sister and my friend has found another list from internet kit kat yang tak boleh dimakan.
Credit to Fairuz who email the enquiry about Otonanoam series.
Update : August 2015...Terbaru dari Nestle Halal Kit Kat Greentea manufactured in Malaysia.
Boleh dapat di major shopping mall...hmm i wonder did Nestle Malaysia read my post lol... any Tourist whi come to Malaysia you can also purchase greentea flavor and it is Halal




































