Fuji just outside of my window ( don't worry I don't see any Kaiju-lol Pacific Rim much) |
Choose the right section of the aeroplane. I was seated at 28 K. My flight is from Narita to Kuala Lumpur.
At first, during the take off, I can only see this view :
I thought ahh maybe this is the only Mount Fuji view that I can get.
Fuji from far away |
From here onwards , I will blog in Malay language.
Ini kali pertama naik Ana untuk tujuan ke Sapporo. Setelah dianalisis harga tiket AirAsia lebih kurang sama sahaja dengan Ana , saya fikir lebih baik saya naik Ana yang sudah siap dengan makanan dan bagasi 23kg x 2. Namun begitu Ana tiada penerbangan direct ke Sapporo , kami perlu transit di Haneda selama 8 jam.
Kerusi dilengkapi entertainment dan charger USB |
air mineral |
Servis kedua
keropok dengan jus pilihan |
Pilihan antara ikan atau ayam, turut dihidangkan miso serta kek strawberi |
Air panas ( pilihan Kopi atau Teh)
Cawan mengenang mangsa2 gempa bumi besar di Jepun |
Flight 6 jam mmg selesa, tandas juga dilengkapi dengan bidet!. Tandas haruslah dikunci untuk lampu menyala.
2 jam sebelum landing , tak sempat lapar ada lagi makanan iaitu Sandwic telur !
Penerbangan kami ke Sapporo ialah pada pukul 6:15 pagi keesokkan hari. Kami dikehendaki mengambil bag di carousel selepas immigresen. Terminal Haneda International dibuka 24 jam. kami mmg plan untuk stay di airport sahaja. Shower room juga disediakan 24jam dengan bayaran. Kami solat Isyak dan Magrib jamak dahulu di Surau Haneda sebelum memilih port untuk tidur.
Kerusi2 panjang sudah pun di book orang yang tinggal cuma kerusi keras
Namun kami berjaya berpindah kepada kerusi yang agak lembut dan kami telah set alarm pada pukul 4am untuk siap2 solat subuh dan bergerak ke Terminal Domestik.
Flight domestik Ana terletak di Haneda Terminal 2. Bas pertama dari International Terminal ke Terminal 2 ialah pada pukul 4:48 am.. Ramai orang yang sudah beratur pada pukul 4:40am
Kami berjaya menaiki bas yang pertama namun apabila sampai ke kaunter, kaunter hanya akan dibuka pada pukul 5:15 masih ada masa lagi untuk duduk2. ( dah terbiasa naik AirAsia selalunya kena ada 2 jam untuk check in)
Kamipun selamat mendarat di Lapangan Terbang New Chitose ( domestik dan antarabangsa terletak di dalam 1 terminal)
Jangan lupa bergambar di sini ( cuma perlu typekan nama sendiri) terletak di smile road.
Boleh juga melawat Royce World, Doraemon dan Hello Kitty di sini.
Perjalanan New Chitose- Narita
Flight 7:45am
Oleh kerana kami tinggal di Stesen Sapporo kami hanya perlu jalan kaki untuk menaiki tren pertama 6am ke New Chitose. Agak risiko sebenarnya kerana Sapporo masih lagi bersalji dan oleh kerana flight kami 7:45 am jika ada delay atau masalah kami mungkin terlepas kapal terbang. Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku.
Untuk penerbangan domestik langsung tiada meal tetapi jus masih tetap disediakan dan mereka turut menawarkan wifi serta entertainment ( perlu diakses dari phone sendiri) Tiada monitor di setiap seat.
Pramugari mengatakan flight ini hanya ada 20 orang sahaja. Kami sahaja foreigner di situ, maka kami telah diberi layanan extra. Mereka bertanya jika kami perlukan minuman lagi serta turut menghadiahkan poskad dan kad maklumat penerbangan mereka lol ( ibarat kami kanak2 haha ) tetapi mereka memang sweet.
Ana Staff with excellent service |
Disebabkan penerbangan kami ke KL adalah pada hari yang sama, beg terus check in ke Kuala Lumpur.
Makanan yang dihidangkan ( perlu request MOML - muslim meal) sekurangnya 24 jam sebelum fly : Jika book direct boleh terus pilih MOML , jika book dari agent atau Traveloka, kena maklumkan melalu email Traveloka ( kami book dari Traveloka) mereka akan maklumkan pihak Ana
Seat kami diberi sticker MOML dan staff memberitahu jangan ubah seat.
kari ayam , mousse tu mmg sedap siap makan sikit2 |
Hidangan terakhir sebelum mendarat
Untuk mengisi masa kali ni saya menonton movie box-office Korea- The Taxi Driver. Cerita ini berinspirasikan kisah sebenar pada tahun 1970 yang memang menarik.
Secara keseluruhan , memang puas hati naik ANA dari segi bagasi , makanan dan layanan krew mereka. Rasanya kalau ke Jepun mmg hendak pilih Ana lagi .
waaaa cantiknya fuji
ReplyDeletemmg masa tengok tu kagum dan syukur sangat dpt tengok!
Delete